Fingo-Ingin hidup bahagia?. Jangan berjudi dan berhutang

Dalam hidup ni semua orang nak bahagia. Tapi di zaman moden ni banyak masalah muncul menyukarkan untuk hidup bahagia. Paling penting untuk hidup bahagia adalah jaga kewangan. Tanpa kewangan yang kukuh sukar sekali mengecap kebahagiaan. Ya, kebahagiaan tidak boleh di beli dengan wang tapi tanpa wang susah nak hidup, nak makan, nak belanja apatah lagi nak bahagia. Saya tak nak lah panjang lebar mengupas tentang resipi kebahagiaan kerana saya bukanlah pakar motivasi dan nak berceramah panjang di sini. Cuma saya nak ceritakan kepada anda pengalaman saya dan pemerhatian saya banyak kehidupan yang musnah akibat 2 benda sahaja. Berjudi dan berhutang. Judi ni sebenarnya masalah moden yang banyak menguji ketebalan iman kita. Sekarang nak berjudi hanya dengan menggunakan aplikasi telefon sahaja. Boleh jadi dengan melihat kawan-kawan menang besar kita pun terikut-ikut ingin mencuba. Dan mula ingin mencuba akhirnya kita menjadi tahi judi. Tauke judi ni pandai. Kita in kecil dia bagi menang ...