Fingo-Ingin hidup bahagia?. Jangan berjudi dan berhutang


Dalam hidup ni semua orang nak bahagia. Tapi di zaman moden ni banyak masalah muncul menyukarkan untuk hidup bahagia. Paling penting untuk hidup bahagia adalah jaga kewangan. Tanpa kewangan yang kukuh sukar sekali mengecap kebahagiaan. Ya, kebahagiaan tidak boleh di beli dengan wang tapi tanpa wang susah nak hidup, nak makan, nak belanja apatah lagi nak bahagia.

Saya tak nak lah panjang lebar mengupas tentang resipi kebahagiaan kerana saya bukanlah pakar motivasi dan nak berceramah panjang di sini. Cuma saya nak ceritakan kepada anda pengalaman saya dan pemerhatian saya banyak kehidupan yang musnah akibat 2 benda sahaja. Berjudi dan berhutang.

Judi ni sebenarnya masalah moden yang banyak menguji ketebalan iman kita. Sekarang nak berjudi hanya dengan menggunakan aplikasi telefon sahaja. Boleh jadi dengan melihat kawan-kawan menang besar kita pun terikut-ikut ingin mencuba. Dan mula ingin mencuba akhirnya kita menjadi tahi judi. Tauke judi ni pandai. Kita in kecil dia bagi menang besar, bet kecil dapat big win. Tapi dah start menang dia tahu kita akan jadi tamak, akhirnya kita akan berjudi lebih besar. Akhirnya kalah besar, duit kena makan. Tinggal sehelai sepinggang.

Jangan main-main bahana judi ni. Duit gaji sehari boleh di habiskan dengan judi. Konon nak repeat, tak puas hati kalah akhirnya kalah dan kalah lagi. Saya melihat sendiri bagaimana seseorang tidak mampu membayar kereta, sewa rumah, barang dapur sebab judi. Duit 1 bulan habis 1 hari. Kemudian jadi "scammer" hutang sana sini dengan kawan-kawan atau family. Sekali orang percaya dan beri lagi, kali ke 2, ke 3 orang pun naik muak. Akibatnya hidup terumbang ambing. Kebahagiaan yang di bina musnah. Tentu sekali saya nak nasihatkan anda, jika belum mencuba, jauhilah judi. Jangan sesekali mencuba. Buruk padahnya. Tidak akan kaya dan bahagia orang yang main judi. Insaflah.

Jika nak wang yang lebih, judi bukan caranya. Kerja atau niaga atau tambah pendapatan sampingan. Ini yang saya akan tunjukkan caranya nanti di akhir cerita saya ni.

Kemudian hutang. Ni lagi teruk. Tak boleh tidak semua orang terpalit dengan hutang. Tak kisahlah kerja apa, pasti nak ada hutang. Hutang kereta, hutang rumah boleh di maafkan lagi sebab keperluan dan aset. Tapi hutang kredit kad, hutang ceti, hutang semata-mata untuk bermewah-mewah kalau boleh jangan sesekali buat.

Saudara saya sendiri hidup musnah sebab suami isteri ketagih berhutang. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba pinjam bank, pinjam ceti untuk bermewah-mewah. Balik kampung semua fikir dia gaji besar, hakikatnya semua itu hutang. Semuanya indah di kala wang banyak. Hidup sangat bahagia, tapi di akhirnya hidup melarat. Anak makin besar, duit gaji hanya berapa sen je bulan-bulan sebab hutang. Ya lah, kerja kerajaan senang nak buat pinjaman. Tanpa sedar potong sana sini tak tinggal apa. Nak makan minum pun bercatu, belum habis bulan beras pun kering. Bayangkan hidup macam ni. Akhirnya family selalu bantu, tapi sampai bila?.

Bila tak ada wang macam-macam masalah timbul. Belum masuk emergency case nak pakai duit untuk bil-bil luar jangka macam masuk hospital dan sebagainya. Haru biru dunia. Pinjam lagi dan pinjam lagi sampai hidup papa kedana. Saya sendiri hutang RM10000 dengan satu agency pun rasa macam nak mati nak bayar, 4 tahun baru habis. Tu pun rasa perit, inikan pula hutang RM100k-RM200k dengan bank semata-mata bermewah, aset apa semua tak ada. Lebih perit sebab gaji pun yillekk potong sana sini.

Nasihat saya sekali lagi, jangan sesekali berhutang. Pakai benda-benda yang ada bil pun jangan kecuali sangat memerlukan. Bil ni nampak sikit, sana sikit, sini sikit. Time nak bayar jadi banyak. Bila tertunggak dan short money, semua jadi masalah. Start tertunggak pasti bulan depan tertunggak lagi. Nak bayar kena pinjam situ sini, kemudian nak bayar yang ni pula. Jadi hidup terasa sangat seksa. Dapat gaji pun dah rasa tak bermakna. Nak pergi check duit di bank pun malas.

Dalam hidup ni saya puji orang cina. Sangat pandai jaga kewangan. Satu sen pun dia kira dan simpan. Ya, mereka buat pinjaman tapi biasanya pinjaman yang akan membantu mereka lebih berjaya dalam hidup macam pinjaman perniagaan dan sebagainya. Resit tak pernah buang, simpan dan buat kira-kira setiap bulan. Nak beli barang sentiasa cari yang ada diskaun dan survey banyak tempat dulu. Saya cerita ni bukan orang lain. Tapi bos saya dulu cina. Perangai dia kalau tentang wang sangat berjaga-jaga dan berhati-hati. Gaji dia bayar saya besar ada bonus dan sebagainya, pemurah, tapi sebelum bayar kaji kira habis. 3 hari baru habis kira baru dia bayar. Sampai macam tu sekali jaga kewangan. Saya sayangkan bos saya ni. Sangat menghormati sikap dan sifatnya. Saya sendiri pun kadang-kadang terikut. Survey banyak tempat sebelum beli dan usaha jaga kewangan.

Ada satu pepatah cina atau kata-kata hikmat dari seorang cina yang sangat berjaya dalam hidup. Saya tak ingat namanya siapa tapi dia billionaire cina. Katanya, "Adalah lebih baik usaha tambah wang yang lebih dari berjimat wang yang sedikit".

Maksudnya kita tak boleh selesa dengan jumlah yang kita dapat. Contoh dapat gaji RM3000, kena usaha tambah lagi jadi RM5000. Buatlah OT dan sebagainya supaya kita sentiasa ada wang lebih sebagai simpanan atau persediaan lain. Kalau tidak ada lagi cara tambah wang melalui pekerjaan. Berniaga itu salah satu jalan terbaik. Boleh sahaja berniaga online secara sambilan sambil-sambil main facebook. Tak dapat banyak sebulan-bulan pun tak apa. Yang penting usaha itu ada.

Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda. "9/10 rezeki adalah dari perniagaan". Kita sebagai umat islam kena ada cita-cita untuk berniaga dan contohi para sahabat yang kaya raya dan membantu ekonomi muslim. Bayar zakat dan bantu orang miskin. Ini baru sifat islam yang sebenar.

Jadi berbalik kepada niaga sambilan ni, saya nak perkenalkan anda dengan revolusi niaga atau perkerjaan yang boleh di lakukan di rumah sambil-sambil main Facebook. Jana income dengan copy paste sahaja.


Sebut pasal Fingo tentu sekarang sudah ramai yang tahu ataupun pernah melihat iklan Fingo di mana-mana sama ada google, instagram atau paling ramai promote di Fb sambil-sambil layan kawan-kawan borak post je pasal Fingo sebab senang dan mudah. Hanya copy paste sahaja boleh jana wang.

Memang tak di nafikan ramai yang skeptikal dan ragu tentang Fingo ni bimbang ia adalah scam dan money game yang kesudahannya merugikan pengguna. Rugi masa, rugi tenaga. Bagi yang habiskan duit untuk iklan pula tentulah rugi wang ringgit kerana semata-mata nak ramaikan orang dalam Fingo. Yang tentu untung adalag pihak atasan Fingo. Ya anda fikir sebegini bukan?.

Saya di sini nak buktikan yang anda silap. Saya silap dahulu kerana fikir sebegini tanpa mengkaji terlebih dalam. Pertama sekali saya nak bagi sekilas fakta tentang kajian saya dengan Fingo ya. Baca dan fahami betul-betul sebelum bertindak melulu.

Pertamanya apa itu Fingo?.

Fingo ni di asaskan oleh orang kanan Ali Baba berkonsepkan jualan direct kilang jadi harga fingo adalah jauh lebih murah dari shoppe, lazada dan seangkatan dengannya. Para penjual yang mempunyai kilang boleh meletakkan produk mereka untuk di jual di laman web Fingo dan memperoleh keuntungan lumayan hasil pembelian ahli Fingo yang semakin bertambah saban hari walau tanpa promosi. Ini adalah kerana konsep Fingo itu sendiri yang menggabungkan Affiliate dengan Ecommerce. Jangan silap faham ya. Afiiliate ni tak buruk dan susahkan orang. Yang susahkan orang bila MLM di gabungkan dengan money game.

Sekilas Fakta Tentang Fingo kena ambil tahu..
Pengetahuan Umum Tentang Fingo & Kenapa Kita Perlu Bersama Ambil Peluang

1. Fingo akan membuka sebanyak 15 buah negara di ASIA TENGGARA yang mana jumlah penduduknya sekitar 700 juta.

2. Penggunaan Apps & Online Shopping di ASIA TENGGARA adalah kurang daripada 3 %. Market di ASIA TENGGARA sangat luas untuk FINGO terokai.

3. Fingo adalah dari negara CHINA yang mempunyai kepakaran yang hebat dalam IT, E-Commerce & Marketing.

4. Business Founder adalah terdiri daripada Messi, Jack & Yundong. Mereka bertiga adalah orang terkanan kepada SYARIKAT ALI BABA dibawah pengawasan BOSS JACK MA.

5. Fingo telah bertapak di MALAYSIA dan telah mula beroperasi pada 28/02/2019. Sudah 8 bulan lebih beroperasi dan telah menunjukan PRESTASI yang amat membanggakan.

6. Fingo Malaysia Sdn Bhd yang beribu pejabat di Block A-6-01, Level 8, Menara Uncang Emas, 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur adalah sebuah SYARIKAT yang berdaftar dengan SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia ) dibawah penyeliaan KPDN & HEP ( Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna ).

Business Fingo adalah E-Commerce Platform yakni Hypermart atau Hypermall atau Fingo Shopper Rewards Programme yang berkonsepkan S2B2C ( Supply to Business to Customer ).

Fingo tidak perlu ada LESEN. Sebab FINGO bukan MLM tetapi E-Commerce Platform seperti Lazada, Shopee, Ali Baba, Wish, Amazon dan lain-lain.

Fingo adalah LEGAL.

7. Fingo telah buka pasaran di Singapore iaitu pada tanggal 30/06/2019 yang lalu. Dan bakal memperluaskan lagi ke negara jiran seperti Indonesia iaitu pada bulan Januari, 2020 & Thailand iaitu pada Mac, 2020.

8. Target atau sasaran SALES FINGO adalah seperti :-

i) Tahun 2020 : 1 Billion USD.
ii) Tahun 2021 : 3 hingga 5 Billions USD.
iii) Tahun 2025 : 100 Billions USD ke 500 Billions USD.

9. Fingo bukan MLM tetapi Affiliate berkonsepkan E-Commerce yang bakal menjadi sebuah syarikat yang hebat di dunia.


10. Fingo adalah E-Commerce Platform dan bukan MLM. Jadi tidak timbul untuk overpaid commission.


Kenapa Fingo ni Affiliate Comission yang bagus?.

Okay nak cerita. Dulu di Malaysia ada satu program seakan affiliate comission juga yang menggabungkan prepaid telefon dan cari orang. Namanya tone excel. Orang yang mula-mula join tone excel ni semua jutawan. Cara menjadi jutawan tu adalah bina network yang terdiri dari beribu-ribu pengguna yang menggunakan telefon. Setiap kali dia top up kita dapat untung hasil top up tersebut. Tak silap 10%. Jadi bayangkan anda di atas dan ada beribu-ribu orang pengguna bawah anda. Darab 10% walau top up RM10 seorang dah berapa dah. Konsep ini sangat berjaya dan di iktiraf. Melahirkan ramai jutawan. Siap masuk berita lagi. Skim ni tak pernah mereput dan sentiasa ada kerana keperluan dan juga keuntungan yang di terima adalah jelas dan bukan meragukan.


Sama juga dengan Fingo. Walau tanpa promosi besar-besaran aku amat yakin Fingo akan menjadi platform beli belah terbesar Asia dengan sokongan ahlinya yang meningkat saban hari. Tidak seperti platform lain yang keuntungannya tidak di kongsi dengan pengguna. Fingo memberikan 10% cashback kepada sesiapa yang merekrut pengguna selagi pengguna tu membeli belah. Seumur hidup. Nampak tak betapa besarnya dan bertuahnya jika kita join Fingo sekarang dan mendapat cash back seumur hidup?. Sasaran ini jauh, tapi bayangkan kita dah merekrut 10000 pengguna yang berbelanja RM10 sehari sudah RM100000x10%=RM1000 sehari. Seumur hidup dapat. Main Toto atau Magnum Life tak mungkin kena jackpot macam ni. Ini sudah tersedia, tunggu masa anda ambil sahaja. Ini income pasif. Income yang kita dapat tanpa buat apa-apa pun. Biarpun sasaran ini jauh. Tapi ia tak mustahil. Asalkan awal-awal join dan teruskan istiqamah merekrut pengguna.

Sebenarnya platform lain seperti Lazada dan Amazon pun ada konsep affiliate dan income pasif sebegini sekitar 3%-6%. Tapi hanya segelintir sahaja yang tahu dan mengambil peluangnya. Boleh google amazon affiliate dan lazada affiliate. Ramai juga yang mendapat income lumayan mempromosi produk-produk amazon dan lazada di blog-blog mereka. Lebih kepada bukan untuk orang awam tapi untuk blogger-blogger yang setiap hari traffic blognya tinggi dan senang dapat sales melalui perkongsian link ke amazon dan lazada. Bezanya dengan Fingo adalah link Fingo lekat di app seumur hidup kepada shopper yang kita invite selagi dia membeli dan link amazon dan lazada hanya kekal cookiesnya 3 hari ( kalau tak silap). Maksudnya jika kita invite, selepas 3 hari tidak membeli. Link itu sudah tidak sah dan kita tidak mendapat income hasil invite tadi.

Jadi ini income pasif yang aku nampak dan nak kejar sangat. Aku tahu nak capai ribu-ribu orang bawah susah. Tapi tak lah sesukar main nombor ekor nak kejar no 1 yang kebarangkaliannya 1 per bilion. Lagipun konsep MLM ni kan bergantung orang bawah. Selagi kita awal-awal join dan invite orang bawah yang aktif, sekejap sahaja network kita akan mencecah ribuan orang yang aktif juga menjana income macam kita. Levelnya boleh sampai infiniti. Silap-silap kita pun tak terkawal dan kenal siapa orang bawah bila lama sebab terlalu ramai. Tahu-tahu income terus masuk je. Hehe.

Okay jelas pasal konsep MLM dan Income pasif ya?.

Sekarang nak cerita pasal income aktif iaitu menaja. Kenapa bila tengok iklan Fingo incomenya mesti ribu-ribu dan tak nak cerita pasal lain kecuali menaja?. Sebab ni income paling pantas dan paling banyak masuk dan bantu kita di peringkat awal sebelum kita mendapat pasif income nanti.

Okay jadi bagaimana konsep tajaan Fingo ni?. 

Mula-mula kita masuk kita akan jadi shopper sahaja. Untuk start invite kita kena beli barang bernilai RM199++ yang di jual dalam pilihan selection. Setakat ni tak banyak sangat barangan. Dan aku akui, barang-barangnya nampak murah dan tak menarik langsung ( Update : Dah banyak yang menarik juga ). Tapi aku faham kenapa mahal sebab mungkin Fingo guna duit ni untuk membayar semua peringkat tajaan dari PS hingga ke AM dan AT.

Tengok gambar di atas kita boleh faham yang RM199 tadi mungkin menjadi wang yang di gunakan untuk bayar semua peringkat. Ini bukan money game sebab jelas jual beli. Kita setuju harga barangan jadi kita beli. Dan Fingo memberikan kita voucher bernilai RM204, barangan yang kita beli tadi ( saya beli jam) dan juga Invite link percuma. Ini yang kita nak, invite link untuk mula jana income.

Bagaimana nak invite pengguna?. Senang sahaja copy paste link unik kita tu. Setiap yang join automatik rezeki kita. Tinggal follow up je. Mudah sangat. Sambil-sambil main FB boleh buat.

Jadi apa beza PS ( personal shopper yang biasa) ke AM ( Pangkat paling orang nak). atau AT ( ni kalau terlalu ramai AM bawah kita boleh lah jadi).

Aku ceritakan ringkas ya. PS bila kita invite orang. Satu orang upgrade kita dapat RM50. Hanya itu sahaja pendapatan kita. Sorang join, dapat RM50. Sorang lagi RM50 juga. Jadi tak banyak income dapat. Yang tunjuk income ribu-ribu tu semua sebab pangkat AM. Semua yang masuk Fingo ni kena kejar AM. Sebab AM income mula masuk ribu-ribu walau tak buat apa-apa.

Nak jadi AM ni kena penuhkan meter invite PS kita ke 10 orang sahaja. Ya, penuh 10 orang automatik level kita akan bertukar jadi AM. Ni lah yang masyuknya. Sebab setiap kali kita invite orang kita bukan lagi di bayar RM50 tapi RM100. Banyak bezanya. Lagi best bila orang bawah kita invite pun kita dapat enjoy income masuk RM50 sorang.

Jadi bayangkan ada 10 orang bawah yang invite 10 orang=100 orang darab RM50= RM5000 kita dapat. Ini boleh di capai hanya dalam seminggu sahaja jika kita serius. Nak lagi mantap?. Kita boleh makan hasil orang bawah ni sampai level infiniti selagi dia bukan AM. Ya, kalau dia cuma PS dan invite PS lain selagi belum naik AM anda dapat RM50. Jadi bayangkan 10x10x10=1000 orang darab RM50=RM50000 dan terus bertambah selagi kita terus invite.

Level AT pula?. Setakat ni tak ramai lagi AT di Malaysia ni. Yang aku tahu cuma sorang videonya di bawah. Incomenya RM42000 seminggu. Banyak kan?. Dasyat betul.

Jadi elakkan berjudi dan berhutang. Jom jana wang dengn Fingo Online Hypermarket.


Comments

  1. Saya kekurangan kata-kata untuk keuntungan luar biasa yang Anda bantu saya hasilkan dalam opsi biner hanya seminggu, maaf saya ragu pada awalnya, saya menginvestasikan $ 200 dan mendapatkan $ 2.500 hanya dalam satu minggu, dan terus berinvestasi lebih banyak, hari ini saya sukses secara finansial, Anda bisa menghubunginya
    via email: carlose78910@gmail.com
    Via whatsapp: (+12166263236)
    Saya menyarankan Anda jangan ragu. Dia hebat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Dan Testimoni Fingo Indonesia dan Fingo Malaysia- Jana Wang Dari Rumah

IQ Option – Ulasan Broker dan Maklum Balas Pedagang

BC.Game Casino Review - Welcome Bonus $100