Masalah utama join Fingo-Tak suka sebab kena cari orang walaupun bukan MLM dan bukan Scam



Assalamualaikum. Baiklah, sebelum kita melangkah jauh ke topik hari ini kita buat sikit pengenalan tentang Fingo dulu.

Fingo ni sebenarnya di asaskan di China oleh bekas pekerja Ali Baba. 
Fingo bermula di Malaysia pada bulan February 2019 dan pada 30 July Apps fingo dilancarkan secara resmi. Sebagai Social eCommerce Platform pertama Asian, hari ini fingo ada wajah baru untuk persiapan pasaran luar Asian dengan berbagai bahasa Melayu, English, China dan Thailand dan Indonesia. Harga barangan akan mengikut Negara di mana  fingo beroperasi
Hari ini fingo ada 500,000 SHOPPER di Malaysia, Singapore, Thailand dan Indonesia.  
Fingo beroperasi sepenuhnya di Malaysia dan Singapura.  Untuk Thailand dan Indonesia kita baru boleh terima pendaftaran SHOPPER.  Fingo di jangka ke *India tahun 2020*.  Jumlah PS di fingo lebih kurang 50,000 dan masih *TERLALU KECIL*  jumlahnya.  AM dalam 300 orang dan 25 orang AT.  Bila pasaran Asian dibuka ia akan memberi peluang besar kepada ramai ushawan kecil.
Untuk pasaran Melayu dan India di Malaysia kita baru bermula.  Jumlah PS baru 5,000 @ 10% dan jumlahnya meningkat setiap hari.
Fingo dilancarkan pada tahun 2019 bulan Julai. Fingo adalah social ecommerce yang menggunakan konsep affiliate marketer di mana ianya memberi peluang kepada orang awam untuk menjana pendapatan sampingan dengan cara memperkenalkan Fingo kepada orang lain dan pendaftaran adalah percuma. Fingo juga ibarat seperti pusat membeli belah di mana barang keperluan dan produk- produk yang berjenama juga ada di jual dan istimewanya Fingo ini, barang barang yang dijual bukan atas agen tapi memang betul betul dari kilang. Jika pusat membeli belah mengamalkan konsep daftar kad keahlian untuk mendapat diskaun, begitu juga denganFingo. Fingo ada menawarkan harga vip jauh lebih murah dari lazada dan shopee. Syarat untuk mendapatkan harga vip perlulah menaiktaraf akaun Fingo anda dari shopper ke vip (Preferred Shopper)  dengan pembelian gift pack yang berharga RM199. Pembayaran yuran untuk menaiktaraf amatlah rendah dan sekali seumur hidup.
Namun ada yang membuat aduan dan berita telah pun dikeluarkan di Astro Awani  bulan ogos sebulan selepas Fingo dilancarkan. Di dalam artikel tersebut ada yang mengatakan Fingo ini menjanjikan pendapatan lumayan sedangkan kerja yang minima dan menggunakan konsep seperti MLM.
Sebenarnya Fingo ini bukan MLM kerana Fingo ini  tidak ada penyelenggaraan bulanan, tak ada bv, tak pairing. Ini lebih dikenali affiliate multi-tiers. Di sini saya sertakan bukti-bukti yang fingo ini adalah platform e-dagang yang sah dan ada lesen

Di bawah juga keratan akhbar di mana Fingo adalah legal

Jadi di sini tidak lagi timbul soal Scam atau tidak. Juga tidak lagi timbul soal di mana Fingo adalah MLM sebaliknya cuma merupakan Comission Multi Tier. Senang cerita ia lebih kurang Tone Excel di mana anda boleh dapat untung hasil dari invite orang bawah dan pembelian mereka. Seperti yang di terangkan dalam artikel saya yang terdahulu, anda cuma perlu join, beli barang bernilai RM199 dan invite 10 orang sahaja untuk menjadi AM ( boleh dapat RM2000-RM3000 sebulan di tahap ini ).

Kemudian timbul pula masalah lain. Iaitu ramai tak suka invite. Orang Malaysia terutama Melayu sebenarnya cukup anti dengan invite orang ni sebabnya susah kata mereka. Ramai yang lebih suka join pakej pelaburan lain seperti skim cepat kaya di mana melabur dan dapat untung atas angin tanpa perlu buat apa-apa. Sebut apa sahaja skim asalkan pulangan banyak dan tak perlu cari orang mereka akan join. Berapa modal pun tak kisah sebab di janjikan pulangan lumayan. Ada yang rela pinjam bank pun untuk join skim semacam ini dan akhirnya menanggung hutang, lebih teruk di pulaukan kawan dan keluarga kerana di anggap penipu. Ya lah, ajak kawan sama-sama join bawah dia akhirnya habuk pun tak ada.

Eh, ajak kawan?. Bukan invite juga ke ni?. Ha ni lah masalahnya, skim macam ni elok je masuk boleh pula invite orang. Sebab apa?. Sebab di janjikan pulangan lumayan.

Fingo ni tak macam tu. Biarpun anda boleh dapat keuntungan lumayan dengan invite orang tapi itu bergantung pada usaha anda dan juga orang yang anda ajak boleh sama-sama berjaya. Tidak timbul soal siapa pangkat lebih tinggi, siapa boleh invite ramai orang dan sebagainya kerana apa yang penting adalah kualiti orang yang anda invite dan bagaimana network anda berkembang. Tak mustahil yang baru join lebih berjaya dari yang atas sebab rajin usaha. Ni beza Fingo dengan MLM dan skim cepat kaya.

Tapi sebab invite orang dan dapat untung sikit pada mulanya inilah yang membuatkan ramai tak suka join dan anggap kerja sia-sia. Ya lah, mula-mula invite ni cuma dapat RM50 seorang dan kena labur RM199. Maksudnya kena invite 4 orang baru dapat untung. Tapi ini cuma permulaan. Jika anda dah invite banyak orang, naik pangkat dan level semakin tinggi, income boleh cecah RM50,000 sebulan. Saya jelaskan secara panjang lebar di post saya di blog ini. Jika anda rajin mencari akan jumpa. Atau daftar sahaja Fingo di bawah saya saya akan terangkan.

Jadi berbalik kepada soal tak suka cari orang atau malas cari orang ni sebenarnya sikap yang merugikan. Cuba anda fikir bisnes apa yang tidak perlu cari orang?. Jual di pasar pun cari orang ( pembeli ), jual di FB pun cari pembeli. Mana-mana pun tak kira perniagaan atau pekhidmatan memang perlu cari orang. Itupun belum tentu mereka membeli dengan kita. Mana-mana perniagaan pun perlukan modal dan maintenance. Perlu sentiasa cari orang. Fingo berbeza sebab kita cuma letih sekali sahaja. Apabila kita invite pengguna atau pembeli yang daftar di bawah kita akan jadi pelanggan kita seumur hidup.

Bayangkan jika anda invite 10000 orang yang akan membeli RM10 sehari selama seumur hidup dan Fingo membayar anda 10% dari jumlah ini?. Sudah RM10000 sehari. Dapat seumur hidup. Ini lebih bagus dari skim pencen atau ASB sekalipun. Anda umpama memiliki Hypermart sendiri tanpa perlu bersusah payah pos, maintain, kira untung rugi dan sebagainya. Inilah kelebihan Fingo yang orang gagal nampak atau mungkin nampak tapi takut nak bermula.

Guru saya pernah berkata kepada saya. Kebanyakaan orang gagal dalam dunia ini adalah kerana takut mencuba. Orang kaya jadi kaya bukan kerana asalnya kaya, tapi mereka berani mencuba, tak takut rugi sedikit demi kekayaan yang lama. Kita ni nampak susah sikit terus takut. Nampak keluar modal sikit takut rugi. Sampai bila pun kita akan di takuk lama. Bila lagi kita nak buang mindset terlalu takut ni dan keluar dari kepompong jumud dan mula memajukan diri sendiri?. Jika kita tak tolong diri sendiri nak harapkan siapa?.

Jadi usah takut. Modal cuma sekali seumur hidup. Anggap yang anda sedang berusaha untuk pelan persaraan anda. Saya sendiri berusaha kerana saya sedar tak kerja kerajaan saya tiada simpanan wang pekerja, bila nampak peluang Fingo saya terus sambar untuk masa depan. Saya target setahun saya akan jadi AT ( pangkat tertinggi Fingo ), ada 5000 ps di bawah saya dan menjana RM20k-RM50k sebulan. Ini bukanlah mustahil dan sesuatu yang boleh di capai dengan usaha dan target yang betul.

Anda juga boleh berjaya bersama saya. Sertai team saya hari ini dan saya akan bantu anda sampai anda mampu jana RM3000-RM5000 sebulan.



Comments

  1. info mengenai Fingo Indonesia ada di laman https://fingo-indonesia.co. terimakasih semuanya :)

    ReplyDelete
  2. Ternyata Fingo sudah menjadi bisnis legal di Malaysia, makin mantap untuk join dan berpromosi. Banyak yang berpikir Fingo scam, perusahaannya tidak ada dan lain-lain dari artikel ini semua jelas itu fitnah. Salam dari Fingoer Indonesia untuk Fingo in Asia. Salam

    ReplyDelete
  3. Bingung Cari Situs Judi Online Terpercaya ?

    Situs Betting Terpercaya Dan Terbesar di ASIA
    PANDORAQQ
    Menawarkan | Fasilitas | Keunggulan
    Deposit & Withdraw Minimal Rp. 20.000,
    Deposit & Withdrawal Super Cepat

    BONUS ROLINGAN 0.5 % Tiap senin

    BONUS REFERAL 20 % Seumur Hidup

    Customer Service Sopan & Ramah Siap Membantu

    Live Chat Responsif 24 jam

    Real Fair Play 100%

    Server Tercepat di Asia Tanpa Lelet

    Jangan berpikir dua kali
    Daftar sekarang juga dan nikmati fasilitas nya

    DAFTAR SEKARANG : PANDORAQQ
    Link Alternatif : www•pandoraqq•me
    WA : +855966735893
    Line : pandoraqq
    Fanpage : @Pandorapkv

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Dan Testimoni Fingo Indonesia dan Fingo Malaysia- Jana Wang Dari Rumah

IQ Option – Ulasan Broker dan Maklum Balas Pedagang

BC.Game Casino Review - Welcome Bonus $100