Fingo-Kisah Sedih Di Hari Gaji-Realiti Kehidupan Di Masa Kini

s

Assalamualaikum semua. Hari ini kita akan bercerita tentang gaji dan realiti kehidupan di masa kini serta saya ada berita baik untuk tambah pendapatan. Sebelum bermula lebih jauh saya selitkan satu kisah untuk tatapan umum

Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RN30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,

'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...

'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..

'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.


INI ADALAH KISAH BIASA KEHIDUPAN YANG BERLAKU HARI INI. 

Realitinya di masa saya remaja, RM3000 sebulan adalah jumlah yang cukup besar dan hanya mampu di nikmati oleh mereka yang ada kerja bagus seperti guru senior, engineer, doktor dan sebagainya. Masa itu ia di anggap standard kehidupan yang ideal dan sesiapa yang mencapainya mempunyai kehidupan yang agak mewah. Ya lah, kos kehidupan tak tinggi sangat dan RM50 pun cukup besar. Bawa RM50 ke pasar boleh bawa balik banyak barang, cukup untuk sebulan. Beli RM50 penuh 1 troli. Masa ni saya masih remaja dan kehidupan kami amat miskin tapi mak saya selalu berpesan supaya belajar rajin-rajin nanti besar jadi pegawai kerajaan dan dapat gaji RM3000 sebulan, baru hidup senang. Saya masih ingat pesan ini sampai ke hari ini. Tapi sayangnya, saya belum mencapai cita-cita saya menjadi pegawai kerajaan dan hanya berniaga online sahaja. Tapi masih boleh mencapai RM3000 sebulan.

Jujurnya bagi saya jumlah ini cukup-cukup makan sahaja. Bayar bil itu ini, belanja makan dan sebagainya. Tak tinggal apa lagi untuk bulan depan. Nasib baik peniaga macam saya ni rezeki tak tentu, kadang banyak, kadang sikit. Kena pandai berjimat dan atur kewangan untuk bayar semua bil dan keperluan. Utamakan mana yang penting dulu, yang lain slow-slow kayuh. Tapi bebannya jelas terasa juga. Terutama bila ada keperluan di luar jangka. Macam kes kecemasan atau perlukan wang untuk travel sebab-sebab yang perlu. Sehingga kini saya masih tak punya banyak simpanan di sebabkan wang simpanan selalu habis untuk keadaan di luar jangka. Ini saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri menguruskan keluarga 6 ahli.

Tanyalah mana-mana orang yang bergaji RM3000 ke bawah di zaman 2020 ni yang ada 5 orang ahli keluarga adakah gaji RM3000 cukup?. Tak kira di bandar atau kampung. RM3000 sebulan hanya cukup-cukup makan sahaja. Akui sahaja kebenarannya. Ada yang tangkis dakwaan ini dan mengatakan kita patut bersyukur dan jika bersyukur gaji RM1000 pun cukup. Terutama kalau di kampung yang mana semua barang murah. Ya lah sangat. Dah tak ada beza bandar dan kampung, lepas zaman handphone semua dah berubah. Harga sama sahaja. Tak banyak beza pun. Kalau bujang, duk dengan family mak ayah semua support memang lah. RM300 pun cukup. Cuba kalau kena tanggung ramai. Susah nak survive sampai bulan depan tapi masih perlu bertahan. Inilah realiti kehidupan.

Tak boleh bayangkan jika keluarga yang dapat gaji RM1500 ke bawah dan terpaksa sara ramai ahli keluarga. Entah bagaimana mereka hidup, tapi hidup juga walau serba kekurangan. Kehidupan bertambah senang jika suami isteri bekerja dan pandai jaga kewangan. Jika mampu dapat RM4000 ke atas sebulan barulah dapat mencapai sedikit kebebasan kewangan dan mampu menyediakan segala kemudahan zaman moden untuk keluarga serta berbelanja lebih sedikit. Boleh bercuti sekali sekala makan di luar. Baru nak merasa nikmat hidup. Jika tidak setiap hari, setiap bulan hadap lauk yang sama, menu yang sama, tempat yang sama. Hidup seakan terkurung dalam sangkar ghaib.

Saya ingat kisah di zaman lampau macam kisah Melaka dahulu. Rakyat tidaklah semuanya ada gaji macam zaman sekarang tapi kehidupan lebih mewah. Makan pakai cukup malah boleh mengembara serata dunia cari pengalaman dan peluang tambah pendapatan. Kita di zaman sekarang setiap hari pergi kerja, balik kerja tido, esok kerja balik. Cuti tak mampu ke mana-mana untuk jimatkan duit. Hujung bulan dah sengkek. Tak tahu nak tambah duit nak cekau duit dari mana, akhirnya terjebak dengan pinjaman. Masa ni kehidupan makin lama makin daif. Nama je makan gaji, tapi hutang keliling pinggang.

Bagi saya ini bukanlah kehidupan yang ideal. Kehidupan yang ideal adalah di mana anda tidak kaya tapi tidak perlu mengikat perut untuk terus hidup. Realiti kehidupan yang terus menekan kita mencari rezeki lebih untuk keluarga tersayang. Bagi suri rumah yang tidak bekerja mereka yang rajin sentiasa mencari peluang tambah pendapatan untuk membantu suami. Di sinilah saya ingin membantu.

Saya sendiri pun telah lama mencari satu penyelasaian tuntas dengan masalah kewangan dan rasanya saya telah menjumpai cara terbaik tambah pendapatan hanya dari rumah. Tapi bukan tanpa modal. Kena keluar modal sekali sahaja seumur hidup RM199 kemudian kerja senang tambah pendapatan hanya dengan copy paste link sahaja. Nampak senang dan mudah kan?. Tak juga sebab orang kita bila kita invite yang dia nak adalah wang segera, jika kita invite dan bagitahu kena dapat wang dengan berusaha dan keluar modal, ramai akan kecut perut takut rugi. Apa pun saya nak bagitahu anda yang jika anda betul-betul buat tidak akan rugi malah mendapat manfaat seumur hidup. Nak tahu apa peluang tu?.



FINGO WORLDWIDE. 


Fingo ni marketplace online hypermart sama macam lazada atau shopee tapi menawarkan peluang tambah pendapatan kepada ahlinya. RM50 sekali invite dan 10% cashback seumur hidup. Ni nampak sikit tapi bayangkan jika anda invite 100000 ahli di bawah anda, pendapatan anda sehari boleh cecah puluhan ribu hanya dari 10% cashback pembelian sahaja. Dan ini adalah seumur hidup. Saya ada jelaskan potensi Fingo di sini. Boleh baca lebih lanjut ya.

PENGALAMAN DAN TESTIMONI FINGO 

Kenapa saya katakan Fingo ini berpotensi besar dan beria-ia promote Fingo di blog saya ini?. Pertamanya saya join Fingo ini setelah faham konsepnya dan saya lihat sekarang ramai kurang yakin di sebabkan beberapa isu yang telah pun di selesaikan oleh Fingo. Sayangnya persepsi masyarakat masih lagi negatif. Saya bayangkan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi apabila Fingo berjaya buka market di negara lain dan menjadi besar di negara tersebut barulah rakyat Malaysia akan berpusu-pusu join Fingo. Tapi ini jika Fingo berjaya dengan plannya lah. Jika tidak apa yang saya rugi hanyalah RM199 yang telah pun berjaya bagi saya ribuan ringgit pendapatan ( sebenarnya tak rugi ), tapi paling rugi jika Fingo gagal membuka di beberapa negara dan gagal mengubah persepsi masyarakat Malaysia maka Fingo akan berkubur. Jadi plan saya untuk dapat income RM10k sebulan minimum pasif bermula tahun depan juga berkubur.

Apapun setakat ini Fingo ni benar-benar memukau hati saya untuk terus join tanpa bertangguh dan mula jana pendapatan. Saya sedar ia adalah jalan terbaik untuk keluar kesempitan hidup. Jika anda ingin mengubah nasib anda, bermulalah sekarang. Mula dengan sesuatu yang baik, pasti pengakhirannya baik juga.

Jika ingin join team saya dan saya guide anda. Klik link di bawah ya






Comments

  1. Saya kekurangan kata-kata untuk keuntungan luar biasa yang Anda bantu saya hasilkan dalam opsi biner hanya seminggu, maaf saya ragu pada awalnya, saya menginvestasikan $ 200 dan mendapatkan $ 2.500 hanya dalam satu minggu, dan terus berinvestasi lebih banyak, hari ini saya sukses secara finansial, Anda bisa menghubunginya
    via email: carlose78910@gmail.com
    Via whatsapp: (+12166263236)
    Saya menyarankan Anda jangan ragu. Dia hebat.

    ReplyDelete
  2. Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via (financialserviceoffer876@gmail.com) whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thanks

    ReplyDelete
  3. Fingo-Kisah Sedih Di Hari Gaji-Realiti Kehidupan Di Masa Kini >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Fingo-Kisah Sedih Di Hari Gaji-Realiti Kehidupan Di Masa Kini >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Fingo-Kisah Sedih Di Hari Gaji-Realiti Kehidupan Di Masa Kini >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK 0d

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Dan Testimoni Fingo Indonesia dan Fingo Malaysia- Jana Wang Dari Rumah

IQ Option – Ulasan Broker dan Maklum Balas Pedagang

BC.Game Casino Review - Welcome Bonus $100