Fingo-Berita Isu Kenyataan Akhbar-Orang Ramai Di Nasihatkan Tidak Sertai Fingo Pyramid Scheme


Terdapat banyak salah faham tentang Fingo yang berlegar di media sosial antaranya isu kenyataan akhbar dari pegawai KPDNHEP supaya orang ramai di nasihatkan tidak sertai Fingo Pyramid Scheme. Ini sebenarnya cuma salah faham sahaja dan telah pun di selesaikan. Setelah selesai pegawai KPDNHEP telah mengeluarkan kenyataan baru bahawa Fingo ini adalah SAH.

Salah faham ini berlaku apabila Fingo di katakan hanya memohon lesen jualan langsung dan tidak di benarkan melakukan MLM. Salah sangka ini lebih teruk apabila orang awam memahami Fingo adalah Piramyd Scheme.

Sekarang isu ini telah pun selesai di mana Fingo adalah Online Hypermart Marketplace yang berkongsi untung dengan pengguna dengan menggabungkan konsep Affiliate Multi Tier. Bukan MLM atau piramyd scheme yang menipu pengguna. Konsep perkongsian untung dalam Fingo juga adalah jelas dan bukan meragukan.

Isu ini sudah selesai dan tidak pernah menjejaskan perniagaan Fingo.

Ia berpunca dari permohonan Fingo untuk mendapatkan lesen MLM.

Syarat MLM ialah mengemukakan 5 jenis produk. Maka Fingo memberikan senarai 5 jenis produk.

Tetapi Fingo bukanlah sebuah syarikat MLM dan tidak perlu kepada lesen MLM kerana produk Fingo adalah ribuan jenis.

Fingo dibenarkan untuk menjalankan perniagaan e-commerce beraffiliate tanpa perlu kepada lesen AJL atau MLM.

KPDNHEP mengarahkan untuk menukar beberapa perkataan dalam sistem reward Fingo.

Daripada Business Owner kepada Preferred Shopper.
Manager kepada Affiliate Marketer
General Manager kepada Affiliate Trainer


Ini adalah kenyataan baru bermula 19 august 2019 Fingo telah pun di sahkan boleh beroperasi dan bukan MLM atau Piramyd scheme. Justeru orang ramai tidak perlu ragu dengan Fingo dan boleh sahaja sertai untuk mendapat bonus tajaan RM50 sekali invite dan 10% cashback setiap kali membeli.

Jika ingin sertai di bawah saya boleh klik daftar di bawah ya.


Saya tak ingin menerangkan lebih lanjut tentang bonus Fingo sebab saya dah banyak terangkan dalam blog saya ni. Atau jika ingin penerangan lanjut boleh baca di link ini.

[PENGALAMAN DAN TESTIMONI FINGO]

Saya merasakan perlu juga saya jelaskan sedikit tentang MLM, Piramyd scheme dan Ponzi Scheme agar orang ramai jelas apa itu konsepnya berbanding konsep Fingo.

MLM merupakan singkatan kepada Multi Level Murketing atau dipanggil Juga Network Marketing. Terdapat beberapa pendapat berbeza tentang idea asal pengasas konsep MLM namun syarikat pertama yang melaksanakan sistem ini ialah Nutrilite Product Inc dari Amerika. Syarikat ini kemudiannya dibeli oleh Amway Corporation yang telah mengambil inspirasi dari idea MLM yang dilaksanakan oleh Nutrilite.

Konsep MLM ialah untuk memudahkan pemasaran produk dengan lebih berkesan menerusi modal yang rendah dan bagi mengelakkan kos pengiklanan yang tinggi. Jualan produk dilakukan secara langsung oleh ejen-ejen yang berdaftar di kawasan masing- masing. Dengan cara ini, pemasaran menjadi lebih mudah dan efektif kerana hanya ejen yang lebih memahami kehendak pasaran di kawasannya. Selain untung runcit hasil jualan produk, ejen juga dibayar komisen atas usaha mereka memasarkan produk. Modal adalah kecil dan mengikut kemampuan ejen. Syarikat pula tidak perlu lagi menyusun pelan pemasaran sendiri sebaliknya boleh memberi tumpuan dan bajet bagi membangunkan produk yang berkualiti.

Kenapa MLM dikatakan Haram?

Sesuatu perniagaan menjadi haram apabila wujud unsur penganiayaan. MLM dikatakan haram apabila unsur penganiayaan wujud di dalamnya. Perlu ditekankan bahawa konsep asal MLM adalah untuk memudahkan pemasaran dan mengurangkan kos tetapi terdapat individu yang mengesploitasi ahli di dalam organisasinya hingga wujud penganiayaan. Pernah dengar sistem piramid? Atau Ponzi Scheme? Esploitasi di sini bermaksud, tujuan asal untuk memasarkan produk tidak lagi diambil kira sebaliknya mereka menggunakan konsep MLM ini untuk mengumpul dana. Sesiapa yang dapat tarik orang menjadi ahli, akan dibayar komisen yang banyak. Walhal, bagi konsep MLM asal, komisen dibayar berdasarkan jumlah jualan produk, bukannya berdasarkan jumlah ahli yang berjaya direkrut.  Dalam bahasa mudah, MLM yang dieksploitasi lazimnya sering bercerita tentang pulangan berganda-ganda, tayang duit berkepuk2, tayang kereta besar bagi manarik ahli menyertai mereka. Produk hanya boneka dan tidak dipromosi sangat

SKIM PIRAMYD DAN KENAPA IA HARAM?

Skim piramid ialah model perniagaan yang tidak dapat dikekalkan yang membabitkan pertukaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim ini, biasanya tanpa barangan atau perkhidmatan disertakan.

Skim piramid adalah haram di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Great Britain, Australia dan New Zealand.Skim sebegini telah wujud selama sekurang-kurangnya satu dekad.

Terdapat model perniagaan lain yang menggunakan jualan-silang seperti multi-level marketing (MLM) atau rancangan parti yang sah dan mampu bertahan, sungguhpun terdapat bahagian kabur dalam kebanyakan kes. Kebanyakan skim pyramid mengambil peluang ke atas kekeliruan antara perniagaan sebenar dan penipuan membuat wang yang rumit.

Idea asas bagi setiap penipuan adalah seseorang itu membuat hanya satu pembayaran, tetapi dijanjikan keuntungan berganda dari orang lain sebagai balasannya. Contoh biasa mungkin tawaran yang dengan bayaran, membenarkan mangsa menjual tawaran yang sama kepada orang lain, atau menerima bonus melalui orang yang mereka rujukkan. Setiap penjualan merangkumi bayaran kepada penjual asal.

Jelas, kelemahannya adalah tidak terdapat keuntungan akhir; secara mudah wang itu bergerak ke rantaian atas, dan hanya orang asal (atau paling baikpun, sebahagian kecil peserta) menang dalam penipuan pengikut mereka. Sudah pasti, orang yang dalam keadaan paling buruk adalah mereka yang berada di dasar pyramid: mereka yang menyertai skim tersebut, tetapi tidak mampu mendapatkan sebarang pengikut di bawah mereka sendiri. Untuk mengemburkan tindakan ini, kebanyakan skim mempunyai rujukan, maklumat dan persaksian palsu.

PONZI SCHEME DAN KENAPA IA HARAM

Skim Ponzi adalah satu “money game” atau skim penipuan yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah kepada para pelabur. Mereka menjana pulangan kepada pelabur daripada duit yang dilaburkan oleh pelabur baru.

Skim Ponzi juga berfungsi seperti sistem piramid. Kedua-dua jenis sistem ini menggunakan dana daripada pelabur baru untuk membayar pelabur terdahulu. Pada pengakhirannya skim ini akan musnah apabila tidak ada lagi kemasukkan pelabur baharu.

KESIMPULAN. 

Jika sesuatu skim hanya mengambil keuntungan atas merekrut pengguna dan bermain money game dan mengkayakan mereka yang di atas sahaja maka ia adalah sistem yang haram di sertai oleh kita. Tak kiralah ia di katakan MLM, piramyd scheme atau ponzi scheme. Sekiranya ia hanya berlandaskan rekrut dan dapat keuntungan besar dari hasil sumbangan orang bawah maka ia jelas haram. Ini sebenarnya adalah money game yang tidak berkesudahan dan merugikan. Ia akan luput apabila tiada lagi sertai dan skim ni akan berpindah dengan nama baru dan penjenamaan baru untuk menarik minat orang sekali lagi. Jangan sesekali terpedaya.

KONSEP FINGO

Fingo tidak sebegitu. Jika kita kaji tujuan dan matlamat Fingo kita akan jelas bahawa ia bukanlah MLM atau piramid scheme apa lagi ponzi scheme. Fingo mensasarkan akan menjadi online marketplace terbesar di asia dan memberi peluang kepada kita mempromosikan Fingo dan mendapat 10% cashback seumur hidup. Biarpun Fingo memberikan bonus tajaan tapi bonus ini adalah jelas dari pembelian pelanggan dan bukan paksaan atau menguntungkan hanya orang atas sahaja. Tetapi jelas akad jual beli di dalamnya dan keuntungan itu di jana dari penjualan barangan.

Barangan di Fingo juga lebih murah dari yang lain di sebabkan ianya direct kilang. Tiada orang tengah jadi terus direct kepada anda sebagai pengguna. Jika tidak ingin join Fingo untuk tambah pendapatan boleh saja sertai percuma untuk membeli barangan yang lebih murah.


KONSEP INCOME FINGO

Ada 2 jenis income dalam Fingo. Fingo bukan MLM tapi menggabungkan ecommerce dengan affiliate multi tier. ( sampai level infiniti )

Satu passive di mana Fingo memberikan kita cashback 10% dari setiap pelanggan yang kita invite seumur hidup. Akal yang sihat pasti dapat menilai betapa bertuahnya jika join Fingo dan add seramai mungkin pelanggan yang akan sentiasa membeli dan memberikan kita cashback 10% seumur hidup. 

Income kedua adalah dari tajaan. Kita dapat RM50-RM135 setiap kali orang yang kita invite upgrade. Bila mana dia upgrade akan menjadi downline bawah kita. Juga secara automatik setiap kali dia membeli kita akan mendapat cashback 10%. Bukan itu sahaja sekiranya dia invite orang bawah pun kita dapat RM50. Orang bawah ni membeli kita dapat cashback lagi. Ikut terma dan syarat boleh sampai level infiniti. Inilah keistimewaan Fingo. Anda boleh jana pendapatan tanpa perlu bersusah payah, letih hanya sekali dan untung seumur hidup.

Pengiraan ringkas adalah begini. Anda join, upgrade RM199. Anda dapat voucher RM398, diskaun untuk pembelian seterusnya dan juga link invite. Kemudian anda hanya perlu invite 10 orang sahaja yang betul-betul aktif di bawah anda. 10 orang ni invite 10 orang lagi dan 10 orang bawah ni invite lagi.

Jadi 10x10x10=1000 orang. Setiap upgrade RM50= 1000xRM50=RM50,000. Ini adalah hasil tajaan yang anda akan dapat. Manakala jika 1000 orang ni membeli RM10 sehari anda akan dapat RM10x1000x10%=RM1000 sehari. Income ini adalah untuk seumur hidup. Best kan?. Seumpama mempunyai pencen khas. ASB pun tak boleh bagi banyak ni. Sayangnya ramai terutama melayu segan nak join bisnes ni sebab takut rugi RM199 sekali je padahal barang dapat, voucher dapat, peluang jana income pun dapat.

Dah jelas tentang Fingo?. Jika ingin sertai Fingo boleh join team saya dengan klik daftar di bawah ya.



Comments

  1. Saya kekurangan kata-kata untuk keuntungan luar biasa yang Anda bantu saya hasilkan dalam opsi biner hanya seminggu, maaf saya ragu pada awalnya, saya menginvestasikan $ 200 dan mendapatkan $ 2.500 hanya dalam satu minggu, dan terus berinvestasi lebih banyak, hari ini saya sukses secara finansial, Anda bisa menghubunginya
    via email: carlose78910@gmail.com
    Via whatsapp: (+12166263236)
    Saya menyarankan Anda jangan ragu. Dia hebat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Dan Testimoni Fingo Indonesia dan Fingo Malaysia- Jana Wang Dari Rumah

IQ Option – Ulasan Broker dan Maklum Balas Pedagang

BC.Game Casino Review - Welcome Bonus $100